Bazar Raya NADI Kota Pekan 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniBazar Raya NADI Kota Pekan 2026, telah berlangsung dengan meriah pada 14 Mac 2026. Ia telah menarik kehadiran penduduk setempat serta pengunjung dari kawasan sekitar. Pelbagai gerai jualan disediakan termasuk kuih raya, pakaian, aksesori dan makanan tradisional yang menjadi tumpuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan kecil menjana pendapatan malah turut mengeratkan hubungan silaturrahim dalam komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: